Sunday, June 21, 2009

TART KEJU BLUEBERRY


TART KEJU BLUEBERRY/STRAWBERRY/CHOCOLATE


Bahan untuk Pastri:


125 gm. Butter

125 gm. Majerin

100 gm. Gula Kaster

1 biji Telur

500 gm. Tepung Gandum


Caranya:

- Putar butter, majerin dan gula hingga kembang. Masukkan telur dan putar lagi hingga sebati.Masukkan tepung sedikit-sedikit hingga menjadi doh yang lembut. Tekan dalam acuan hingga rata dan bolehlah dibakar pada suhu 160* C 10-15 minit atau hingga masak.

-Sementara tunggu masak kita buatkan krim cheese.


Bahan Untuk Cream Cheese:


250 gm. Cream Cheese

50 gm. Butter

50 gm. Gula Icing

1 biji Telur


Caranya:

-Putar cheese, butter dan gula hingga sebati masukkan telur dan putar lagi hingga sebati dan rata.


-Filing-Blueberry,Strawberry dan Chocolate


-Setelah pastri masak letakkan sedikit filing kedalam pastri dan penuhkan dengan cream cheese dan hiaslah diatasnya sesuka hati.

- Bakar sekali lagi dalam 5- 10 minit. Jangan lama sangat nanti cheesenya keras.
- Nak lihat gambar yang lain silalah ke http://kak-zie.fotopages.com/

Friday, June 19, 2009

ANEKA CHEESE TART


INI ANEKA RASA CHEESE TART YANG BARU DIBUAT. KITA LAYAN GAMBAR DULU, NANTI SAYA BERI RESIPINYA. LAYANNNNNNNNNNNN

Saturday, June 13, 2009

LONTONG GORENG



LONTONG GORENG
Bahannya,
2 btg. lontong [dipotong dadu] @ Nasi Impit
20 biji cili kering ]
2 labu bawang besar ] dimesin halus
4 ulas bawang putih ]
2 camb. udang kering ]
100 gm. daging cincang
2 biji telur
1 manggkuk kecil sayur campur
kicap manis, kicap masin
garam, secukup rasa
daun sup, bawang goreng [untuk taburan diatasnya]

Caranya;
-Tumis bahan yang dimesin hingga benar-benar garing, masukkan daging gaul hingga masak.
-Masukkan lontong yang telah didadu gaul hingga sebati.
-Masukkan kicap masin dan kicap manis [agak-agak 2-3 camb.] gaul lagi hinnga rata.
-Masukkan sayur campur dan digaul rata
-Lubangkan ditengah masukkan telur sambil sesekali dikacau telur supaya rata masaknya. Setelah masak gaul semuanya hingga rata.
-Rasalah masin, masinnya secukupnya. Tabur daun sup dan bawang goreng.
-Nak tunggu apa lagi...............Jemputlah makan. Jgn lupa tutup apinya nanti hangus pula.

KEK GULA HANGUS



KEK GULA HANGUS.

Bahan-bahannya:

200 gm gula pasir [ jadikan gula hangus ]
100 gm gula merah ] di campurkan
1 cawan air panas ] jadi sirap gula merah
50 gm mentega
1 camb minyak masak
5 biji telur gred B
100 gm susu pekat manis
125 gm tepung gandum
25 gm tepung ubi kayu
1/2 camt soda
1 camt baking powder [ saya tak gemar rasa soda jadi saya tambah dgn baking powder ]
mentega utk sapu loyang.

Caranya;
-
Gula pasir dijadikan gula hangus kemudian masukkan sirap air gula merah berhati-hati .Tuang sedikit2 supaya ia mudah cair.Masukkan mentega dan minyak gaul hingga sebati dan ketepikan [ biar hingga sejuk ]
-Pukul telur perlahan-lahn sekadar sebati kuning dan putihnya dan masukkan susu pekat gaul sebati.
-Campurkan tepung gandum, tepung ubi, soda dan baking dan diayak 3X kemudian dicampurkan kedalam adunan telur dan digaul rata.
-Masukkan adunan air gula [setelah sejuk] gaul sebati dan diperap selama 4 jam.
- Setelah 4 jam kacau rata dan tuang kedalam loyang 8x 8 dan bolehlah dibakar hingga masak.
-Suhu oven 150' C selama 1 jam. [ INI TERPULANG KEPADA OVEN MASING2 ]

KEK BATIK CHOCOLATE



KEK BATIK CHOCOLATE

Bahan.
250 gm. butter
200gm. gula pasir.
8 biji telur [gred A]
1 tin susu cair
3 camb. serbuk koko
4 camb. gravy browning [jika tak ada boleh guna pewarna chocolate]
500 gm.biskut marie [ belah 4 ]
1 camt. esen vanilla.

Caranya.
-Putar gula dengan butter hingga sedikit kembang.
-Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus dipukul hingga habis.
-Masukkan serbuk koko dan gravy browning gaul rata.
-Masukkan susu cair dan esen vanilla gaul sebati dan tuang dalam kuali masak hingga sedikit pekat, kemudian masukkan biskut marie yang telah dipatah-patahkan gaul hingga sebati dengan adunan chocolate.
-Masak hingga adunan tidak melekat pada kuali.Tuang kedalam bekas [pastikan bekas telah disapu dengan sedikit planta atau majerin] Kemudian pastikan tekan ataupun padatkan adunan tadi dengan sepatula atau apa saja yang boleh untuk memadatkannya.[Ini dari pengalaman kak zie pernah buat just kak zie ratakan dan tak tekan hingga padat nanti bila kita nak potong dia akan lerai]
-Biar hingga adunan dah sejuk bolehlah dimasukkan dalam peti ais semalaman.
-Keluarkan lebih kurang 1/2 jam baru cantik untuk dipotong. sebab ia tak keras dan tak lembut sangat untuk dipotong.
-Lebih cantik jika kita gunakan bekas plastik untuk mudah dikeluarkan kek nanti.

Saturday, April 18, 2009

KUIH PAU











KUIH PAU.




Bahan untuk kulitnya.
500 gm. tepung pau
50 gm. shortening
1 paket yis
75 gm. gula kaster
1 camb. double action /baking powder
240 ml air suam
1/2 camt. garam halus.




Caranya.
-Campurkan gula, yis dan air hingga gula larut.
-Ayak tepung dengan baking powder atau double action, kemudian masukkan garam.gaul rata.
-Masukkan tepung kedalam air dan uli sebentar dan masukkan pula shortening lalu diuli hingga berkilat.
-Perap selama lebih kurang 20-30 minit ataupun sehingga adunan naik 2 kali ganda. Uli sebentar untuk keluarkan anginnya.
-Timbang 50 gm. buat bulat dan masukkan intinya dan alaslah denga daun pisang yang telah dipotong bulat ataupun kertas minyak pun boleh juga.
-Perap sebentar ataupun semasa kita memasukkan intinya kita panaskan kukusan dahulu dan setelah semua siap kita kukus yang mula-mula kita buat tadi, begitulah seterusnya hingga habis.

INTI AYAM PEDAS [KARI]




300 gm. isi ayam [cincang halus]
2 camb. serbuk kari daging
2 camb.bawang mesin [4 biji bawang kecil, 2 ulas bawang putih,1cm. halia ]
1 camb. sos tomato
1 camb. sos tiram
1/2 camb. gula
1 kiub pati ayam.
2 camb. minyak masak untuk menumis [tak perlu banyak]
1 tangkai daun sup diracik halus
Caranya:
-Tumis bawang hingga naik bau nya.Masukkan rempah kari dan sedikit air masak hingga rempahnya garing sedikit.
-Setelah rempahnya garing masukkan kiub pati ayam, sos tomato, sos tiram, dan gula pasir gaul hingga sebati.
-Masukkan daging ayam dan digaul rata dan masak hingga kering sedikit. Masukkan daun sup dan gaul sebati. Rasalah megikut selera apa yang kurang bolehlah ditambah sesuai selera.




Sekian Terima Kasih.

NORIZAN

AYAM UNCLE TOBBY


AYAM UNCLE TOBBY

Bahan;
1 ekor ayam dipotong 12 @16 terpulanglah.
[dibasuh. digaul garam kunyit dan digoreng 1/2 masak ]

6 biji bawang besar dijadikan bawang goreng.
[minyak lebihan goreng bawang boleh dibuat goreng ayam]

30 biji cili kering}mesin [cili ikut kepedasan masing-masing]
1 camb garam }hingga
2 camb gula }halus

Air asam jawa }
Kicap manis } secukup rasa
kicap masin }

3 tangkai daun kari

Caranya:

Guna minyak lebihan goreng ayam tumis cili dan letakkan daun kari masak hingga BENAR-BENAR GARING.Masukkan air asam dan kicap serta bawang goreng dan digaul rata, jika pekat bolehlah ditambah sedikit air masak hingga mendidih, masukkan ayam gaul rata dan masak hingga pekat. Kemudian rasa lah sedikit kuahnya,apa yang kurang bolehlah ditokok tambah ikut selera masing-masing.Janji ada rasa pedasnya ada rasa masinnya ada rasa manisnya dan yang paling penting ia sedap dimakan dengan nasi minyak atau nasi biasa.Ini adalah diantara menu kegemaran keluarga zie.

P/S : Nak hilangkan rasa bau hanyir ayam, setelah semua kekotoran dibuang gaul ayam dengan segenggam tepung gandum biar seketika dan bilas,kita akan dapati segala lendirnya mudah dibersihkan.
P/S Untuk mendapatkan bawang goreng yang sedap dan garing;Masukkan 1 camt garam semasa kita goreng bawang tersebut. Bila bawang dan mula nampak kuning sedikit matikan api dan bolehlah diangkat ini kerna minyak yang sedia panas tu dah dapat untuk mengaringkan bawang tersebut.

Friday, April 17, 2009

KEK PISANG CHOCOLATE RICE.




KEK PISANG CHOCOLATE RICE


Bahan-bahannya

4 biji telur [gred A]
3/4 cawan gula pasir
1 cawan minyak masak
4-5 biji pisang berangan

2 cawan tepung gandum } Ayak
1 camt baking powder } bersama
1/4 camt soda bicabonate } 2X
1/2 camt double action }

1/2 camt esen pisang
2 camb chocolate rice

Cara-caranya:

Blend telur dgn gula hingga kembang / putih.
Masukkan minyak dan blend lagi hingga rata.
Masukkan pisang blend hingga halus.
Tuangkan campuran tadi dalam bekas besar dan masukkan tepung sedikit-sedikit sambil digaul rata.
Masukkan esen dan chocolate rice gaul rata.
Tuang kedalam bekas yg telah disapu mentega, dan bolehlah dibakar hingga masak
[saya selalu bakar dlm microwave ambil masa 13 minit saja].
JIKA SUKA MASUKKAN DLM MANGGKUK KERTAS KECIL-KECIL SENANG UTK ANAK2 BAWA KESEKOLAH.

Tuesday, April 14, 2009

MUFFIN CHOCOLATE CHIPS



MUFFIN CHOCOLATE CHIPS

Bahan- bahannya;

250 gm. tepung gandum ] ayak
1 camt. baking powder ] bersama
1 camb. serbuk koko ] 2x
2 biji telur
150 gm. gula kaster
150 gm. susu segar [ dlm kotak ]
150 gm. minyak jagung [ saya guna minyak masak biasa aje ]
100 gm. chocolate cip

Caranya

Gula dan telur diputar hingga hancur . Masukkan susu dan minyak lalu di kacau lagi hingga sebati.
Masukkan tepung dan chocolate cip [semua sekali] lalu digaul hingga sebati.
[ JGN. GAUL TEPUNG TERLALU LAMA CUKUP SEKADAR SEBATI SAJA]
Letak manggkuk kertas dlm acuan muffin dan tuang 3/4 adunan saje.
Bakar dlm oven suhu 160*C selama 25 - 30 minit atau sehingga masak.

SELAMAT MENCUBA. SENANG DAN MUDAH.
.

NASI DAGANG MALAYSIA




NASI DAGANG MALAYSIA

NASI.


Bahannya:
500gm. beras nasi dagang [ basuh dan rendam semalaman]
1 1/2 biji santan pekat [ beli santan yg siap diperah kat pasar ]
6 ulas bawang merah } semuanya
3 ulas bawang putih } dimayang / hiris
1 cm halia } halus
2 camt. halba biji
garam / gula secukup rasa

Caranya.
Toskan beras dan kukus 3/4 masak, angkat dan tuang dalam bekas.
Campurkan garam dan gula dalam santan kacau hingga semuanya larut.
Tuangkan sedikit2 santan kedalam bekas nasi tadi sambil digaul hingga sebati. Buat begitu hingga semua santanya habis dan tercampur rata dengan beras tadi.
Akhir sekali masukkan semua bahan hirisan tadi dan halba lalu digaul hingga sebati.
Masukkan semula dalam kukusan dan kukus hingga berasnya masak.

KARI IKAN

Bahannya:
1 kilo ikan tonggkol / kayu
[ setelah siap dibersihkan ikan perlulah direbus dengan sedikit halia, lengkuas, garam dan asam keping hingga mendidih biar atas api lebih kurang 1/2 jam supaya hilang bau hanyir ikan tersebut.]
8 ulas bawang merah } semuanya
4 ulas bawang putih } dihiris halus
1 cm halia } untuk ditumis
2 tangkai daun kari
1 camt halba campur
4 camb. serbuk rempah kari
2 camb. cili blend
4-5 keping asam gelugur / keping
1 biji santan pekat
minyak secukupnya untuk menumis
garam secukup rasa.

Caranya:
Tumis semua bahan tumisan dan masukkan juga halba campur dan daun kari hingga naik bau dan kekuningan sedikit.
Masukkan cili blend dan rempah kari serta sedikit air tumis hingga benar2 garing atau lebih tepat lagi orang sebut terbit minyak atau pecah minyak. Masukkan santan, asam keping dan garam, jika pekat sangat boleh ditambah sedikit air masak hingga mendidih.
Setelah memndidh bolehlah dimasukkan ikan yg telah direbus tadi. Rasalah, apa yang kurang bolehlah ditambah mengikut selera masing2.

SAMBAL KELAPA.

Bahannya:
300 gm kelapa parut yang putih
1 biji bawang besar
2 biji cili merah
6 biji cili padi merah [ jika suka pedas ]
1 camt garam halus
2 camb. air asam jawa [ pekat ]

Caranya:
Blend semua bahan [ kecuali kelapa ] hingga halus. Dah halus masukkan kelapa mesin hingga halus. rasa apa yang kurang bolehlah ditambah ikut citarasa sendiri.

ACAR TIMUN.

Bahannya:
2 biji timun - kupas kulit dan terik dengan garpu kelilingnya dan hiris nipis2
1 btg lobak merah - hiris nipis2 juga
1 biji cili merah - hiris nipis
[ jika suka pedas boleh ditambah 2-3 biji cili padi ]
2 biji bawang besar - di mayang nipis2
garam / gula secukup rasa
4 camb. cuka makan

Caranya:
Gaul kesemua bahan2 hingga rata dan rasalah apa yang kurang bolehlah ditambah ikut citarasa sendiri.
Setelah semuanya siap dihidang apa tunggu lagi makan lah...............

Sekian Terima Kasih.
NORIZAN

JAPANESE CHEESE CAKE


JAPANESE CHEESECAKE

Bahan-Bahannya


( Satukan Dan Ayak ) :

50gm tepung gandum

50gm tepung jagung


[ B ]


60gm mentega tawar

250gm cream cheese, biarkan pada suhu bilik

120ml whipped cream

3 kuning telur

1 biji telur

2 sudu teh parutan lemon


[ C ]

5 putih telur

1/8 sudu teh garam

125gm gula pasir halus

1 sudu teh air lemonBahan


Topping :

2 sudu makan jam Orange/

Instent Jelly
sedikit air


Cara Membuatnya :


Siapkan loyang 22cm, alas kertas roti dan lengserkan dengan mentega.Panaskan ketuhar pada suhu 150 °C. Campurkan mentega, cream cheese dan whipped cream dalam periuk.Didihkan dengan api kecil, gaul hingga lembut, angkat dari api.Masukkan campuran tepung, gaul rata.Masukkan kuning telur dan 1 butir telur, gaul rata.Masukkan kulit lemon, gaul rata, ketepikan.

Pukul putih telur hingga berbuih, masukkan gula dan air lemon sedikit demi sedikit sambil terus dipukul hingga benjolan kecil ( soft peak ).

Tuang 1/3 adunan putih telur ke adunan cream cheese, gaul rata.Tuang campuran ini ke baki adunan putih telur, gaul rata.

Tuang adunan ke loyang, bakar dengan cara Au Bain Marie ' Water Bath Method ', lebih kurang 60 minit hingga permukaannya masak, kuning keemasan. Biarkan dalam oven lebih kurang 2-3 jam. Keluarkan dari ketuhar.

Setelah benar-benar sejuk, keluarkan cake dari loyang.


Cara buat topping;


Panaskan air dan masukan instent Jelly bila dah cair tuangkan ke permukaan cheesecake.
Sekian Terima Kasih.

NORIZAN

KACANG POOL


KACANG POOL

Bahan-Bahan.

1 Buku Roti Putih.

( Potong 1cm. tebal disapu mentega dan dibakar sedikit )


2 Tin Kacang Pool ( mesin separuh kasar )

300 gm. Daging Cincang.

3 Camb. Bawang / Halia / Bawang Putih ( mesin halus )

3 Camb. Cili Mesin

1 Bungkus Kecil Rempah Beriani
Minyak untuk menumis.

Garam, Gula secukup rasa.

2 Camb. Minyak Sapi.


Hiasan:


Telur Goreng ( separuh masak )

Cili Hijau ( hiris kasar )

Bawang Besar ( di-dadukan)

Limau Kasturi ( belah dua )

Caranya.

1- Panaskan minyak, tumis bawang mesin hingga naik aromanya. Masukkan cili mesin dan

rempah beriani dan sedikit garam dan gula masak hingga semua bahan garing.

2- Masukkan daging cincang, masak hingga daging kecut sedikit atau berubah warnanya.

3- Masukkan kacang pool yang telah dimesin tadi, jika pekat sangat bolehlah ditambah sedikit

air, masak hingga mendidih. Rasalah, apa yang kurang bolehlah ditambah secukup rasa.

4- Bila dah masak masukkan 2camb. minyak sapi dan digaul hingga sebati dan boleh tutup api
5- Bolehlah dihidang seperti didalam gambar.

Tuesday, March 31, 2009

KEK ZEBRA - ZIE



KEK ZEBRA - ZIE

Bahan A
6 Biji Telur Ayam [ gred C ]
165 gm. Gula Kaster
1 camb. Ovellet
45 gm. Susu Pekat Manis
25 gm. Air
1 camt. Vanilla

Bahan B
250 gm. Tepung Gandum
1 camt. Baking Powder
[ ayak 2 X ]

Bahan C
150 gm. Butter [ dicairkan]

1 camb. Dark Chocolate [ warna kek lebih cantik dan sedap ]
1 Loyang 8'

Caranya:
Sapu dasar loyang dengan mentega dan alas dengan kertas minyak. Dibahagian kelilingnya sapu dengan mentega dan tabur sedikit tepung dan ketuk lebihan tepung tadi.Ketepikan.
Cairkan butter, ketepikan.
Ayak tepung, ketepikan.
Panaskan oven 150'C.
Sekarang kita mula kan mengadun. Masukkan semua bahan A dalam mangkuk adun putar seketika lebih kurang 1 min atau sehingga semuanya sebati [ jangan sampai kembang ]
Masukkan tepung putar no 6 atau"high speed" selama 10 min.
Perlahankan, tuang minyak sedikit2 hingga habis, lebih kurang dalam 5 kali tuang. [ pastikan minyak dah sejuk ]
Keluarkan dan gaul dengan tangan guna senduk kayu. [ mungkin ada saki baki minyak yang tidak tecampur dengan rata pada adunan.
Bahagi adunan kepada 2. Lebih kurang 1 adunan dapat 500 gm.
1 adunan di masukkan 1 camb. dark chocolate. Gaul rata [ jangan terover mix.]
Mula melapis ditengah2 loyang dengan 2 camb. warna asal dan 2 camb. warna chocolate letak diatas warna asal tadi. Buat begini hingga semua adunan habis. [ jika lapisan senget ke apa ke biar saja nanti ia akan ke serata loyang jangan kacau ]
Dah siap masukkan ke dalam oven guna suhu 180' selama 45 - 55 minit.
Dah masak terus keluarkan dari loyang dan sejukkan. Dah sejuk boleh dipotong untuk dimakan. Bila makan ingat kat zie ok

P/S maaf jika ada yang kurang faham.

Sekian Terima Kasih.

NORIZAN

Sunday, March 22, 2009

SEMOLINA CHOCOLATE CAKE



SEMOLINA CHOCOLATE CAKE

Bahan-bahannya

(A)
150 gram mentega
160 gram semolina

(B)
150 gram mentega
120 gram gula

(C)
8 biji kuning telur

(D)
5 biji putih telur
120 gram gula

(E)
120 gram tepung gandum
1/4 sudu teh serbuk penaik

(F)
80 gram kacang badam kisar

Cara-caranya;

1. Cairkan mentega di (A), kemudian tambahkan semolina dan campur hingga sebati dan biar ia selama 1 jam.
2. Adun (B) hingga kembang. Masukkan (C) dan pukul hingga ringan dan licin.
3. Tambah (A) dan gaul hingga rata.
4. Pukul putih telur di (D) hingga kembang. Masukkan gula dan pukul hingga pekat.
5. Masukkan (D) ke dalam adunan tadi dan gaul hingga sempurna. Kemudian tambah (E) yang diayak ke dalam dan diikuti dengan (F). Kacau hingga sempurna.
6. Tuangkan adunan ke dalam acuan segienam yang digris dan alas dengan kertas pembakar.
7. Bakar pada suhu 180 darjah C di rak bawah selama 45 minit
8. Setelah kek menjadi sejuk, renyaikan ganache yagn baru dibuat ke atas kek secara corak sembarangan. Bubuh sedikit coklat putih cair diatas ganache dan olekkan untuk membuat corak marmar seperti ditunjuk di gambar.

KUIH TAKO




KUIH TAKO
Bahannya;
A
1 Bungkus tepung Hoen kwe [ hijau ]
4 cawan air
1 cawan gula

B
4 cawan santan [ 1 biji kelapa ]
4 camb. tepung jagung
1 camt.garam halus

sengkuang cina [ dadukan]

Caranya:
-Campurkan adunan A, gaul hingga sebati. Dengan menggunakan api yang perlahan kacau hingga adunan mendidih, pekat dan berkilat. Tuang kedalam bekas yang telah ditaburkan dengan sengkuang cina.Letak 3/4 saja adunan hijau dalam bekas.
-Lakukan pekara yang sama kepada adunan B, Kemudian tuang atas lapisan hijau. Biar sejuk sedikit baru dimasukkan kedalam peti ais.[ Boleh dihiasi diatasnya seperti didalam gambar atau ikut suka hati.]