Saturday, April 18, 2009

KUIH PAU











KUIH PAU.




Bahan untuk kulitnya.
500 gm. tepung pau
50 gm. shortening
1 paket yis
75 gm. gula kaster
1 camb. double action /baking powder
240 ml air suam
1/2 camt. garam halus.




Caranya.
-Campurkan gula, yis dan air hingga gula larut.
-Ayak tepung dengan baking powder atau double action, kemudian masukkan garam.gaul rata.
-Masukkan tepung kedalam air dan uli sebentar dan masukkan pula shortening lalu diuli hingga berkilat.
-Perap selama lebih kurang 20-30 minit ataupun sehingga adunan naik 2 kali ganda. Uli sebentar untuk keluarkan anginnya.
-Timbang 50 gm. buat bulat dan masukkan intinya dan alaslah denga daun pisang yang telah dipotong bulat ataupun kertas minyak pun boleh juga.
-Perap sebentar ataupun semasa kita memasukkan intinya kita panaskan kukusan dahulu dan setelah semua siap kita kukus yang mula-mula kita buat tadi, begitulah seterusnya hingga habis.

INTI AYAM PEDAS [KARI]




300 gm. isi ayam [cincang halus]
2 camb. serbuk kari daging
2 camb.bawang mesin [4 biji bawang kecil, 2 ulas bawang putih,1cm. halia ]
1 camb. sos tomato
1 camb. sos tiram
1/2 camb. gula
1 kiub pati ayam.
2 camb. minyak masak untuk menumis [tak perlu banyak]
1 tangkai daun sup diracik halus
Caranya:
-Tumis bawang hingga naik bau nya.Masukkan rempah kari dan sedikit air masak hingga rempahnya garing sedikit.
-Setelah rempahnya garing masukkan kiub pati ayam, sos tomato, sos tiram, dan gula pasir gaul hingga sebati.
-Masukkan daging ayam dan digaul rata dan masak hingga kering sedikit. Masukkan daun sup dan gaul sebati. Rasalah megikut selera apa yang kurang bolehlah ditambah sesuai selera.




Sekian Terima Kasih.

NORIZAN

AYAM UNCLE TOBBY


AYAM UNCLE TOBBY

Bahan;
1 ekor ayam dipotong 12 @16 terpulanglah.
[dibasuh. digaul garam kunyit dan digoreng 1/2 masak ]

6 biji bawang besar dijadikan bawang goreng.
[minyak lebihan goreng bawang boleh dibuat goreng ayam]

30 biji cili kering}mesin [cili ikut kepedasan masing-masing]
1 camb garam }hingga
2 camb gula }halus

Air asam jawa }
Kicap manis } secukup rasa
kicap masin }

3 tangkai daun kari

Caranya:

Guna minyak lebihan goreng ayam tumis cili dan letakkan daun kari masak hingga BENAR-BENAR GARING.Masukkan air asam dan kicap serta bawang goreng dan digaul rata, jika pekat bolehlah ditambah sedikit air masak hingga mendidih, masukkan ayam gaul rata dan masak hingga pekat. Kemudian rasa lah sedikit kuahnya,apa yang kurang bolehlah ditokok tambah ikut selera masing-masing.Janji ada rasa pedasnya ada rasa masinnya ada rasa manisnya dan yang paling penting ia sedap dimakan dengan nasi minyak atau nasi biasa.Ini adalah diantara menu kegemaran keluarga zie.

P/S : Nak hilangkan rasa bau hanyir ayam, setelah semua kekotoran dibuang gaul ayam dengan segenggam tepung gandum biar seketika dan bilas,kita akan dapati segala lendirnya mudah dibersihkan.
P/S Untuk mendapatkan bawang goreng yang sedap dan garing;Masukkan 1 camt garam semasa kita goreng bawang tersebut. Bila bawang dan mula nampak kuning sedikit matikan api dan bolehlah diangkat ini kerna minyak yang sedia panas tu dah dapat untuk mengaringkan bawang tersebut.

Friday, April 17, 2009

KEK PISANG CHOCOLATE RICE.




KEK PISANG CHOCOLATE RICE


Bahan-bahannya

4 biji telur [gred A]
3/4 cawan gula pasir
1 cawan minyak masak
4-5 biji pisang berangan

2 cawan tepung gandum } Ayak
1 camt baking powder } bersama
1/4 camt soda bicabonate } 2X
1/2 camt double action }

1/2 camt esen pisang
2 camb chocolate rice

Cara-caranya:

Blend telur dgn gula hingga kembang / putih.
Masukkan minyak dan blend lagi hingga rata.
Masukkan pisang blend hingga halus.
Tuangkan campuran tadi dalam bekas besar dan masukkan tepung sedikit-sedikit sambil digaul rata.
Masukkan esen dan chocolate rice gaul rata.
Tuang kedalam bekas yg telah disapu mentega, dan bolehlah dibakar hingga masak
[saya selalu bakar dlm microwave ambil masa 13 minit saja].
JIKA SUKA MASUKKAN DLM MANGGKUK KERTAS KECIL-KECIL SENANG UTK ANAK2 BAWA KESEKOLAH.

Tuesday, April 14, 2009

MUFFIN CHOCOLATE CHIPS



MUFFIN CHOCOLATE CHIPS

Bahan- bahannya;

250 gm. tepung gandum ] ayak
1 camt. baking powder ] bersama
1 camb. serbuk koko ] 2x
2 biji telur
150 gm. gula kaster
150 gm. susu segar [ dlm kotak ]
150 gm. minyak jagung [ saya guna minyak masak biasa aje ]
100 gm. chocolate cip

Caranya

Gula dan telur diputar hingga hancur . Masukkan susu dan minyak lalu di kacau lagi hingga sebati.
Masukkan tepung dan chocolate cip [semua sekali] lalu digaul hingga sebati.
[ JGN. GAUL TEPUNG TERLALU LAMA CUKUP SEKADAR SEBATI SAJA]
Letak manggkuk kertas dlm acuan muffin dan tuang 3/4 adunan saje.
Bakar dlm oven suhu 160*C selama 25 - 30 minit atau sehingga masak.

SELAMAT MENCUBA. SENANG DAN MUDAH.
.

NASI DAGANG MALAYSIA




NASI DAGANG MALAYSIA

NASI.


Bahannya:
500gm. beras nasi dagang [ basuh dan rendam semalaman]
1 1/2 biji santan pekat [ beli santan yg siap diperah kat pasar ]
6 ulas bawang merah } semuanya
3 ulas bawang putih } dimayang / hiris
1 cm halia } halus
2 camt. halba biji
garam / gula secukup rasa

Caranya.
Toskan beras dan kukus 3/4 masak, angkat dan tuang dalam bekas.
Campurkan garam dan gula dalam santan kacau hingga semuanya larut.
Tuangkan sedikit2 santan kedalam bekas nasi tadi sambil digaul hingga sebati. Buat begitu hingga semua santanya habis dan tercampur rata dengan beras tadi.
Akhir sekali masukkan semua bahan hirisan tadi dan halba lalu digaul hingga sebati.
Masukkan semula dalam kukusan dan kukus hingga berasnya masak.

KARI IKAN

Bahannya:
1 kilo ikan tonggkol / kayu
[ setelah siap dibersihkan ikan perlulah direbus dengan sedikit halia, lengkuas, garam dan asam keping hingga mendidih biar atas api lebih kurang 1/2 jam supaya hilang bau hanyir ikan tersebut.]
8 ulas bawang merah } semuanya
4 ulas bawang putih } dihiris halus
1 cm halia } untuk ditumis
2 tangkai daun kari
1 camt halba campur
4 camb. serbuk rempah kari
2 camb. cili blend
4-5 keping asam gelugur / keping
1 biji santan pekat
minyak secukupnya untuk menumis
garam secukup rasa.

Caranya:
Tumis semua bahan tumisan dan masukkan juga halba campur dan daun kari hingga naik bau dan kekuningan sedikit.
Masukkan cili blend dan rempah kari serta sedikit air tumis hingga benar2 garing atau lebih tepat lagi orang sebut terbit minyak atau pecah minyak. Masukkan santan, asam keping dan garam, jika pekat sangat boleh ditambah sedikit air masak hingga mendidih.
Setelah memndidh bolehlah dimasukkan ikan yg telah direbus tadi. Rasalah, apa yang kurang bolehlah ditambah mengikut selera masing2.

SAMBAL KELAPA.

Bahannya:
300 gm kelapa parut yang putih
1 biji bawang besar
2 biji cili merah
6 biji cili padi merah [ jika suka pedas ]
1 camt garam halus
2 camb. air asam jawa [ pekat ]

Caranya:
Blend semua bahan [ kecuali kelapa ] hingga halus. Dah halus masukkan kelapa mesin hingga halus. rasa apa yang kurang bolehlah ditambah ikut citarasa sendiri.

ACAR TIMUN.

Bahannya:
2 biji timun - kupas kulit dan terik dengan garpu kelilingnya dan hiris nipis2
1 btg lobak merah - hiris nipis2 juga
1 biji cili merah - hiris nipis
[ jika suka pedas boleh ditambah 2-3 biji cili padi ]
2 biji bawang besar - di mayang nipis2
garam / gula secukup rasa
4 camb. cuka makan

Caranya:
Gaul kesemua bahan2 hingga rata dan rasalah apa yang kurang bolehlah ditambah ikut citarasa sendiri.
Setelah semuanya siap dihidang apa tunggu lagi makan lah...............

Sekian Terima Kasih.
NORIZAN

JAPANESE CHEESE CAKE


JAPANESE CHEESECAKE

Bahan-Bahannya


( Satukan Dan Ayak ) :

50gm tepung gandum

50gm tepung jagung


[ B ]


60gm mentega tawar

250gm cream cheese, biarkan pada suhu bilik

120ml whipped cream

3 kuning telur

1 biji telur

2 sudu teh parutan lemon


[ C ]

5 putih telur

1/8 sudu teh garam

125gm gula pasir halus

1 sudu teh air lemonBahan


Topping :

2 sudu makan jam Orange/

Instent Jelly
sedikit air


Cara Membuatnya :


Siapkan loyang 22cm, alas kertas roti dan lengserkan dengan mentega.Panaskan ketuhar pada suhu 150 °C. Campurkan mentega, cream cheese dan whipped cream dalam periuk.Didihkan dengan api kecil, gaul hingga lembut, angkat dari api.Masukkan campuran tepung, gaul rata.Masukkan kuning telur dan 1 butir telur, gaul rata.Masukkan kulit lemon, gaul rata, ketepikan.

Pukul putih telur hingga berbuih, masukkan gula dan air lemon sedikit demi sedikit sambil terus dipukul hingga benjolan kecil ( soft peak ).

Tuang 1/3 adunan putih telur ke adunan cream cheese, gaul rata.Tuang campuran ini ke baki adunan putih telur, gaul rata.

Tuang adunan ke loyang, bakar dengan cara Au Bain Marie ' Water Bath Method ', lebih kurang 60 minit hingga permukaannya masak, kuning keemasan. Biarkan dalam oven lebih kurang 2-3 jam. Keluarkan dari ketuhar.

Setelah benar-benar sejuk, keluarkan cake dari loyang.


Cara buat topping;


Panaskan air dan masukan instent Jelly bila dah cair tuangkan ke permukaan cheesecake.
Sekian Terima Kasih.

NORIZAN

KACANG POOL


KACANG POOL

Bahan-Bahan.

1 Buku Roti Putih.

( Potong 1cm. tebal disapu mentega dan dibakar sedikit )


2 Tin Kacang Pool ( mesin separuh kasar )

300 gm. Daging Cincang.

3 Camb. Bawang / Halia / Bawang Putih ( mesin halus )

3 Camb. Cili Mesin

1 Bungkus Kecil Rempah Beriani
Minyak untuk menumis.

Garam, Gula secukup rasa.

2 Camb. Minyak Sapi.


Hiasan:


Telur Goreng ( separuh masak )

Cili Hijau ( hiris kasar )

Bawang Besar ( di-dadukan)

Limau Kasturi ( belah dua )

Caranya.

1- Panaskan minyak, tumis bawang mesin hingga naik aromanya. Masukkan cili mesin dan

rempah beriani dan sedikit garam dan gula masak hingga semua bahan garing.

2- Masukkan daging cincang, masak hingga daging kecut sedikit atau berubah warnanya.

3- Masukkan kacang pool yang telah dimesin tadi, jika pekat sangat bolehlah ditambah sedikit

air, masak hingga mendidih. Rasalah, apa yang kurang bolehlah ditambah secukup rasa.

4- Bila dah masak masukkan 2camb. minyak sapi dan digaul hingga sebati dan boleh tutup api
5- Bolehlah dihidang seperti didalam gambar.